Jumaat, 25 November 2016

Sukar untukku memulakan ayat untuk menulis cerita ini. Otak ligat berfikir ayat yang sesuai sementara jari sudah tidak sabar ingin menaip madah bicara yang bermain di dalam minda ini. Kisah yang ingin aku ceritakan ini adalah beradasarkan kisah hidup sesorang.

Ini cerita hidupku, Nur (bukan nama sebenar). Semua orang pasti pernah merasakan hidup susah....cuma bezanya kesusahan itu hanya selama 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun atau sampai bila..? Benar Allah telah menjanjikan kebahagiaan setelah diuji...aku juga yakin dengan pertolongan Allah kerana Allah takkan menguji hambaNya jika mereka tidak mampu.. Setiap ujian Allah mematangkan lagi diriku. Bagiku, apabila diri kita diuji, kita akan merasa kasih saying Allah dan orang-orang yang memang ikhlas dengan kita. Aku bersyukur kerana setiap kali diuji, pasti Allah menghulurkan bntuan kepada kami melalui orang-orang sekeliling yang cukup baik hati dan ikhlas menolong kami.

Aku merupakan seorang pelajar di universiti awam yang mengharapkan pinjaman ptptn untuk menmpung kos sara hidup di universiti. Duit ptptn memang ckup untukku guna menampung perbelanjaanku di universiti kerana aku memang tidak suka membazir membeli barang yang tidak perlu. Sedang pelajar lain berseronok dengan duit ptptn mereka, aku menghulurkan separuh wang ptptn tersebut untuk keluargaku. Gaji ayahku hanya cukup-cukup untuk membeli barang dapur dan belanja sekolah. Tidak aku nafikan, keluargaku terpaksa berhutang dengan saudara mara tambahan lagi apabila tiba musim sekolah memandangkan 5 orang adikku masih bersekolah. Sudah menjadi ranggungjawab aku sebagai anak sulung untuk meringankan beban keluargaku. Setiap semester, duit ptptn habis aku belanjakan untuk keluarga dan bayar hutang. Aku tidak mampu menunjukkan perasaan sedihku setiap kali mak memberitahu barang dapur di rumah telah habis. Waktu itu aku berfikir, masih adakah orang yang ingin membantu keluargaku yang serba kekurangan itu? Alhamdulillah...Allah memberikan rezeki kepada kami sekeluarga.

Jiran-jiran di sekeliling sangat baik hati berkongsi rezeki dengan kami. Memang ada adik beradik yang tinggal berdekatan, tetapi mereka hanya tahu berkata simpati tanpa membantu. Kalau ada adik beradik yang membantu pun, hanya kerana ayahku memohon simpati mereka. Kadang-kadang terdetik dalam hatiku bahawa kami hidup atas belas ihsan orang sekeliling. Aku bercerita bukan untuk meminta simpati, tetpi hanya sekadar meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati.

Apabila kita susah, baru kita akan kenal siapa kawan siapa lawan...siapa yang sudi membantu siapa yang hanya memandang sepi. Pernah aku merasa seperti keluarga meminta sedekah apabila ibu bapaku terpaksa meminjam wang daripada saudara mara kami.

Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi membaca coretan ini. Maafkan andai coretan ini tidak teratur susunannya atau tidak menarik kerana ini percubaan pertama saya menulis.